10 JENIS RAGAM MANUSIA DI KENDURI KAHWIN

Gambar Hiasan

Kalau musim cuti sekolah memang tak menang tangan nak penuhi undangan majlis perkahwinan kan. Jom tengok gelagat2 orang yang pergi ke kenduri kahwin ni. Moga bermanfaat & boleh dijadikan ikhtibar untuk semua.

Capture

Gambar Hiasan

1. Datang Awal Sangat

Memang seronok nak ke kenduri kahwin terutama jika yang berkahwin itu kenalan rapat atau kawan baik kita.

Seeloknya datanglah pada waktu yang tertulis pada kad jemputan.
Ini lauk belum masak dah tercegat depan rumah

Capture1

Gambar Hiasan

2. Tetamu Tak Diundang Dalam Bilik Pengantin

Selalunya bukan pengantin dan mak andam je kat dalam bilik persiapan pengantin perempuan.

Golongan kedua yang biasanya terdiri daripada makcik-makcik sebelah rumah, anak-anak jiran  dan tetamu yang datang awal pun sibuk nak tengok pengantin bersiap

2

Gambar Hiasan

3. Datang Lambat

Tetamu yang satu ni selalunya sampai bila lauk dah nak habis.

Golongan ini mungkin lambat tiba kerana lokasi majlis agak jauh daripada tempat tinggal mereka ataupun stuck berjam-jam dalam trafic..

Kesiannya..takpelah janji dah sampai kan?

3

Gambar Hiasan

4. Tak Sabar Nak Tengok Pengantin

Golongan ni suka sangat berasak-asak tunggu ketibaan pengantin mempelai sebab excited nak tengok pengantin.

Bila pengantin dah duduk bersanding atau makan di meja beradap,tenunglah selama mana korang nak sekalipun #harapbersabar

jenis-jenis-dekorasi-dan-ikatan-hidden-hantaran13

Gambar Hiasan

5. Berebut nak tengok hiasan pelamin dan hantaran

Hiasan pelamin dan hantaran selalunya membuatkan tetamu teruja untuk berkunjung ke majlis.
Kepada golongan ini, jangan sampai terlanggar dan rosakkan barang ye..

4

Gambar Hiasan

6. Lepas dia,dia lagi

Kewujudan golongan ini terserlah bila time nak bergambar dengan pengantin atas pelamin.

Sudahlah satu-satu gambar tu ambil masa yang lama, banyak pula pose yang digayakan.

Orang lain pun nak bergambar jugak dik,kejap-kejap dahla yer..

awfsdffdsdf

Gambar Hiasan

7. Cedok Lauk Banyak

Dengan pelbagai pilihan lauk pauk dan pencuci mulut, tak hairan wujudnya golongan ini.

Semuanya mereka nak cuba,tapi dalam banyak-banyak yang diambil hanya satu dua sahaja yang dimakan

5

Gambar Hiasan

8. Tak Reti Beredar Bila Dah Habis Makan

Bila dah syok sangat bersembang, ada yang melepak setelah selesai menjamu selera.

Kalau nampak tempat duduk dah terhad, bersegeralah beredar supaya tetamu lain pula boleh menjamu selera

7

Gambar Hiasan

9. Cari Jodoh

Orang kita kalau ke kenduri kahwin memang wajib makeup tebal-tebal.

Sebelum turun kereta kena touch up dulu,lepas makan pon kena touch up balik makeup.

Yang lelaki pon tak nak kalah. Masing-masing dah macam nak pergi kenduri untuk cari jodoh.

 

8

Gambar Hiasan

10. Jejak Kasih

Golongan ini selalunya mucul bila tetamu berjumpa dengan kawan-kawan zaman sekolah atau saudara mara yang dah lama tak bertentang mata.

Bila dah lama tak berjumpa tu memang banyak la perkara yang nak dikongsi. Kadang-kadang ambil masa berjam-jam nak habis mengimbau kenangan lama.